PKP Disambung Lagi, Rakyat Perlu Mula Serius

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Situasi di hospital menyaksikan perkembangan yang semakin memberangsangkan dengan jumlah pesakit COVID-19 pulih melebihi kes positif baharu semalam, namun keadaan di luar masih penuh dengan cabaran dan perlu diberi perhatian serius oleh rakyat secara keseluruhan.

Memandangkan masih ramai rakyat yang ‘sihat’ degil, maka semalam sekali lagi diumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu buat kali kedua.

Fenomena degil rakyat Malaysia ini juga menimbulkan persoalan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang keliru sama ada kompaun RM1,000 terhadap individu langgar PKP mungkin terlalu rendah sehingga masih ada yang ingkar.

“Saya tidak tahu mengapa masih ramai ingkar PKP, tidak pasti. Kemungkinan juga kompaun RM1,000 itu terlalu rendah,” kata beliau yang juga Menteri Pertahanan.

Malah, berkali-kali juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengajak rakyat secara keseluruhan berjuang bersama-sama barisan hadapan di hospital dengan cara yang amat mudah, iaitu ‘duduk sahaja di rumah.’

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula yang setiap hari bertungkus-lumus, mengakui penularan pandemik COVID-19 berjaya dibendung ke tahap sedikit stabil disebabkan PKP, namun ia masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan berterusan.

Dari dalam hospital, Dr Noor Hisham berkata, jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan discaj dari wad sehingga semalam ialah 222 orang, melebihi kes positif baharu sebanyak 118.

Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan discaj dari wad pula ialah 1,830, iaitu sebanyak 42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 4,346 kes.

Justeru, rakyat Malaysia duduk sahaja di rumah. Letakkan noktah pada penularan kes baharu, elak PKP fasa ketiga dilanjutkan lagi ke fasa keempat.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat