Saiful Adli Arshad antara Ketua Penaja Bersatu Bahagian di Perak

IPOH – Saiful Adli Arshad disenaraikan sebagai antara Ketua Penaja Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri Perak, menerusi penyusunan kepimpinan penaja bahagian yang melibatkan beberapa kawasan Parlimen utama di negeri itu.

Berdasarkan senarai kepimpinan penaja yang dikeluarkan, Saiful Adli dilantik menerajui Bersatu Bahagian Padang Rengas, sekali gus memperlihatkan peranan aktif beliau dalam memperkukuh struktur organisasi parti di peringkat akar umbi.

Selain beliau, beberapa tokoh lain turut dilantik sebagai Ketua Penaja Bahagian Bersatu di Perak. Antaranya Mohader Ahmad Mohamad Ayob bagi Bahagian Gopeng, Azmi Ismail di Pasir Salak, Nadziruddin Mohamed Bandi di Teluk Intan, Mohammad Iskandar Abdul Rahman di Ipoh Timur serta Abdul Yunus Jamahri di Bagan Serai.

Turut tersenarai ialah Nolee Ashilin Mohammed Radzi bagi Bahagian Bukit Gantang, Pazli Abdullah Sani di Tapah, Abdul Halim Yahaya di Larut dan Effendydeen Zainal Abidin di Kampar.

Pelantikan barisan kepimpinan penaja bahagian ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha penyusunan semula jentera parti di peringkat negeri bagi memperkemas gerak kerja organisasi serta mengukuhkan sokongan di kawasan strategik.

Pemerhati politik berpendapat langkah tersebut penting dalam memastikan kesiapsiagaan parti menghadapi perkembangan politik semasa, selain membina kekuatan di peringkat akar umbi menjelang sebarang kemungkinan pilihan raya pada masa hadapan.

Saiful Adli sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kelapan dan turut terlibat dalam struktur kepimpinan parti serta gabungan Perikatan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat