Insomniacks kembali dengan karya terbaru ‘TEMAN’

- Advertisement -

Nama kumpulan Insomniacks memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia muzik Malaysia masa kini. Sejak memasuki industri muzik, lagu-lagu mereka kerap menjadi siulan anak-anak muda tempatan serta tular di pelbagai wadah media sosial. Kini mereka kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘Teman’.

Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, digubah dan dibantu oleh Bajai, penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks.

“Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie

“Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga di waktu malam. Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar tidur juga.

Selain itu, proses rakamannya juga menyenangkan. Ia merupakan satu penghormatan buat diri saya kerana dapat bekerja dengan dua orang ayah saudara saya yang juga pemuzik berbakat dengan banyak pengalaman dalam industri muzik,” jelas Iqie lagi tentang karya ini.

Seiring dengan terbitan lagu ini oleh Universal Music Malaysia, lagu ini juga ditampilkan dengan visual dan jalan cerita yang menarik dari segi cinematography dan visual grafik yang menarik untuk pendengar menghayati bait bait lagu ini melalui visual pesanan, untuk mementingkan persahabatan dan sentiasa berada disisi di saat diperlukan.

Ada yang merasa menemani seseorang itu membuang masa dan tiada pulangan, Ia mungkin kedengaran benar namun hidup perlu bermasyarakat, membantu satu sama lain dan berada di samping orang yang kita sayang adalah penting kerana kita tidak tahu bila kita mungkin perlukan teman sendiri.

Berkenaan process rakaman video, Pengarah, Dick Wai dan pasukannya daripda Unfold Production banyak membantu kami dari segi lakonan dan permintaan kami untuk mewujudkan jalan cerita yang kukuh dan baik’, ujar Iskandar tentang pembikinan video muzik Teman.

“Saya berharap pendengar dapat memahami maksud di balik lagu yang penuh bermakna buat kami ini. Semoga lagu ini menjadi ikutan dan siulan di konsert-konsert dalam kalangan peminat kami. Saya juga harap mereka dapat merasai nilai persahabatan yang cuba kami paparkan di dalam video ini,” bingkas Dan menutup bicara.

Single Teman boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dah Youtube Music pada 1 Mac 2024, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Insomniacks.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat