Tolak Undi 18 bukti takut majoriti orang muda marah kerajaan – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mahu melaksanakan Undi 18 sebab mereka yakin majoriti pemuda marah dengan kerajaan pada ketika ini.

Namun katanya , usul Undi 18 ini telah diluluskan sebulat suara oleh semua ahli Parlimen pada Julai 2019 dan kita diberitahu bahawa ianya akan dilaksanakan selewatnya dua tahun kemudian iaitu bulan Julai 2021 yang semakin menjelang.

“Maka kerajaan PN telah terperangkap dan masih terfikir mahu laksanakan ke tidak Undi 18 kerana tidak meluluskannya bermaksud penghinaan paling besar terhadap parlimen dan proses demokrasi.

“Pendapat saya ialah jika ianya telah diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan atau mana-mana ahli Parlimen yang berkecuali, maka Undi 18 patut dilaksanakan mengikut jadual yang dipersetujui,” ujar Najib.

Kata beliau, usul dengan majoriti dua pertiga menyokong boleh tukar Perlembagaan Persekutuan.

“Ini kan usul dengan sokongan 100 peratus undi secara sebulat suara?soal Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat