Pelanjutan Inisiatif Pengecualian & Pemberian Diskaun 50% Kepada Penyewa Tanah & Bangunan Persekutuan

- Advertisement -

DALAM menyokong kelangsungan perniagaan dibawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia atau PERMAI, Kementerian Tenaga & Sumber Asli dalam satu kenyataan media sebentar tadi mengumumkan pelanjutan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50% kepada penyewa tanah dan bangunan persekutuan.

Kerajaan Persekutuan menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah, bersetuju untuk memberi lanjutan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun tersebut untuk membantu penyewa tanah dan Premis Kerajaan Persekutuan agar dapat menyusun semula strategi perniagaan seterusnya meningkatkan keupayaan dan kestabilan perniagaan mereka.

Inisiatif kepada penyewa Tanah Persekutuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut;

(i) Pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan dan diskaun 50% bayaran sewaan bagi tempoh 4 bulan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada 259 penyewa yang telah diluluskan
inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020; dan

(ii) Pemberian diskaun 50% bayaran sewa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa.

Tambah beliau lagi, bagi urusan penyewaan ruang dan premis di bangunan Kerajaan Persekutuan pula, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan:

a) Pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan bagi tempoh 4 bulan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada penyewa yang telah diluluskan inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020; dan

b) Pemberian diskaun 50% bayaran sewa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa.

Katanya lagi, kementerian dan Agensi di mana penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain hendaklah merujuk dengan pihak Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) masing-masing bagi pelaksanaan keputusan ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat