Tiada retak dalam hubungan UMNO dan PAS

KUALA LUMPUR – Mesyuarat UMNO dan PAS malam ini bersetuju untuk terus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat jawatankuasa perundingan ini tidak membincangkan sebarang kata putus sebaliknya ia cuma mesyuarat rutin memperkukuhkan MN.

“Banyak bincang untuk memperkukuhkan MN kerjasama dan sebagainya.

“Kita sentuh program-program bersama khususnya untuk Ramadan banyak program bersama yang kita susun.

“Kita banyak bincang untuk memperkasa hubungan berjalan macam biasa tak ada masalah. Kita pun jadualkan,” jelas beliau di Menara Datuk Onn, malam ini.

Ditanya mengenai perbincangan berhubung Bersatu, Tuan Ibrahim berkata, Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) bukan MN.

“Malam ini kita tak cakap mengenai Bersatu, itu PN ini MN,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad memberitahu mesyuarat rutin usaha perkukuhkan MN.

“Apa yang penting agenda MN dapat diteruskan, meeting dah jadualkan sebelum ini.

“Tak ada ketegangan kita dah set mesyuarat akan datang maknanya MN sedang berjalan dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, kenyataan media MN mahu menyatakan keprihatinan yang amat serius atas keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam penerbitan.

Selain itu, MN juga menggesa kerajaan merayu untuk membawa penghakiman ke Mahkamah Rayuan.

*Mesyuarat pada hari ini juga menggesa pihak kerajaan Persekutuan
untuk mengambil inisiatif menyegerakan pelaksanaan pengharmonian
sistem perundangan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya. -SuaraTV

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Pembangkang Cuma Boleh Cetus Huru-Hara Tapi Tidak Akan Berjaya – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR - Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyuntik keyakinan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat masih takut-takut untuk membuka...

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan untuk...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...