EPL: United kedua, Liverpool di tangga keenam – Ramalan

- Advertisement -

MANCHESTER United diramalkan bakal tampil naib juara sambil Liverpool harus akan berpuas hati di luar kelompok empat teratas di tangga keenam.

Dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020-21 berbaki 10 perlawanan lagi bagi kebanyakan pasukan, Manchester City yang berjurang 11 mata di tangga teratas, dijangka tidak mampu digugat untuk mendakap trofi juara semula.

Laman web The Athletic berpangkalan di San Francisco, yang menawarkan langganan meliputi 47 bandaraya Amerika Utara dan United Kingdom, turut meramalkan saingan sengit bagi dua lagi slot dalam kelompok empat teratas berdasarkan congakan oleh Stats Perform.

“Kita mendapati saingan yang berbaki 10 perlawanan bagi kebanyakan pasukan dalam salah satu musim EPL paling aneh di dalam ingatan.

“Di sebalik sedikit terencat hujung minggu lalu, perebutan kejuaraan sudah hampir muktamad dengan kelebihan 11 mata dimiliki Manchester City tidak berkemungkinan digugat lagi.

“Bagaimanapun, hanya 12 mata memisahkan Chelsea di tangga keempat dan Arsenal di tangga ke-10.

“Dengan Manchester United dan Leicester City belum terlalu selesa, masing-masing di tangga kedua dan ketiga, ada sembilan pasukan yang dilihat berpeluang meraih slot Eropah, dengan perlumbaan mengisi empat teratas kekal sengit sebagaimana kebiasaan,” lapor The Athletic dalam rumusannya.

Sekali imbas, prestasi pasukan-pasukan sepanjang 10 perlawanan terdahulu mencadangkan West Ham memiliki momentum terkuat untuk terus mengerah kudrat manakala Liverpool yang baru melakukan ‘terjunan bebas’ semakin kekurangan perlawanan untuk memperbaiki kedudukannya.

Dalam pada itu, kata The Athletic, ada terlalu banyak maklumat yang boleh disandarkan kepada prestasi sesebuah pasukan daripada melihat kepada kedudukan mata semata-mata.

Namun, daripada mencongak pelbagai kebarangkalian terhadap jumlah mata yang diperlukan untuk meraih kedudukan dihajati, ada baiknya juga melihat kepada konteks lain seperti ditampilkan oleh Stats Perform – kekuatan serangan dan pertahanan setiap pasukan tidak terkecuali.

Daripada perkiraan sedemikian, sebarang perlawanan di antara dua pasukan boleh disimulasikan untuk meramal siapa pemenangnya, dengan pelbagai simulasi dilengkapkan daripada baki perlawanan setiap pasukan.

Apa yang dipamerkan grid di atas adalah purata bagi keputusan-keputusan bagi setiap daripada 100,000 simulasi berkenaan.

Hasilnya ialah Manchester City diramalkan sudah hampir pasti mengesahkan kejuaraan, disusuli Manchester United dengan 63 peratus peluang mengisi tangga kedua.

Leicester dan Chelsea dijangka mengekori di tangga ketiga dan keempat, mengikut simulasi Stats Perform itu, yang mencongak kedua-dua pasukan akan sekurang-kurangnya memiliki 68 mata.

Selayang pandang ramalan Stats Perform:

Manchester United
Kedudukan terkini: 2
Ramalan di akhir musim: 2

Leicester City
Kedudukan terkini: 3
Ramalan di akhir musim: 3

Chelsea
Kedudukan terkini: 4
Ramalan di akhir musim: 4

Everton
Kedudukan terkini: 6
Ramalan di akhir musim: 8

Tottenham Hotspur
Kedudukan terkini: 6
Ramalan di akhir musim: 5

West Ham
Kedudukan terkini: 5
Ramalan di akhir musim: 7

Liverpool
Kedudukan terkini: 8
Ramalan di akhir musim: 6

Aston Villa
Kedudukan terkini: 9
Ramalan di akhir musim: 10

Arsenal
Kedudukan terkini: 10
Ramalan di akhir musim: 9

 

-awani-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat