Hubunga Malaysia-UAE Makin Berkembang Sejak Pembukaan Misi Diplomatik – Duta

KUALA LUMPUR – Hubungan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan perkembangan luar biasa terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan sejak pembukaan misi diplomatik di kedua-dua negara, menurut Duta UAE ke Malaysia Khalid Ghanim AlGhaith.

Beliau berkata kedua-dua negara telah menjalin hubungan dua hala pada awal 1970-an, diikuti dengan pembukaan misi diplomatik Malaysia di Abu Dhabi pada 1983 dan Kedutaan UAE di Kuala Lumpur pada 1995.

AlGhaith berkata ia turut didorong lawatan peringkat tinggi, terbaharu lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai Rabu, yang melambangkan hubungan silaturahim erat kedua-dua negara.

“Ia bertujuan memacu hubungan dua hala ke tahap baharu, mempromosi perdagangan dan pelaburan dengan potensi kerjasama dalam bidang keselamatan makanan, pembangunan produk halal, dan lebih banyak kerjasama di sektor minyak dan gas, selain kerjasama pasca-COVID-19 terutama dengan rancangan pemulihan pelancongan,” katanya.

Lawatan peringkat tertinggi itu termasuk kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke UAE pada Disember 2020 dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan ke Malaysia pada Julai 2019.

Beliau berkata UAE adalah rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah dan Asia Barat, dengan jumlah perdagangan dua hala AS$29 bilion (AS$1=RM4.03) dalam lima tahun terakhir.

AlGhaith berharap di sebalik kesan pandemik COVID-19 dan kelembapan ekonomi global, jumlah dagangan antara kedua-dua negara dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.

“Pelaburan syarikat UAE seperti Mubadala dan OSC dalam industri minyak dan gas di Malaysia dianggarkan bernilai US$1.2 bilion, sementara syarikat Malaysia seperti Serba Dinamik Holdings mempunyai kedudukan yang kukuh di UAE,” katanya.

Ujar duta itu lagi, Malaysia adalah destinasi pendidikan bagi pelajar UAE dengan lebih 700 rakyatnya melanjutkan pengajian mereka di institut pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia, kebanyakan dalam bidang pengurusan, perakaunan dan undang-undang. – Bernama

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...