Seorang Wanita 39 Tahun Diselamatkan Anggota Bomba Kerana Cuba Bunuh Diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 39 tahun diselamatkan anggota bomba dan penyelamat dalam cubaan terjun dari jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi tadi.

Tindakan pantas anggota bomba telah berjaya mengawal situasi dan menyelamatkan wanita itu terjun dari jejantas Stesen Monorail tersebut.

Dalam kejadian itu, wanita itu memegang pisau dengan meletakkan di lehernya bagi menghalang anggota bomba untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam kenyataan media, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Tuan Hamizan Kamaruddin berkata, keadaan wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kini diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat