Tiada “Abang Besar” Dalam PAS, UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS dan UMNO kekal bermuafakat sekali gus Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diminta bertenang,” kata Ketua Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin.

Katanya, tiada “abang besar” dan tiada parti kecil atau besar.

Sebaliknya, ujar beliau semua memahami kepentingan bersama.

“Jauh sekali menyimpang dari ucapan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Saya menghadiri mesyuarat Muafakat Nasional (MN) semalam. Alhamdulillah, harmoni dan berterusan komited dalam agenda perpaduan ummah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, rakyat negara ini memerlukan pengukuhan penyatuan dan perpaduan ummah seperti diterajui Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) demi menjamin kelangsungan kepimpinan Islam.

“Sekiranya tidak, kita akan kembali diperintah oleh kalangan yang beragenda lebih bahaya dari penjajah.

“Dalam keberkatan peristiwa agung Israk dan Mikraj ini, marilah kita hayati tuntutan untuk mengukuhkan perpaduan ummah ini melalui teladan turunnya kewajipan bersolat yang dilaksakan secara berjemaah dalam keadaan penuh tetib dan disiplin di antara imam dan makmum serta antara makmum dengan makmum yang lain.

“Inilah diantara nilai-nilai roh perpaduan ummah, tiada yang istimewa di dalam saf ketika solat melainkan kesemuanya bertanggungjawab untuk merapatkan saf dan meluruskan saf,” ujarnya.

Khairil Nizam memberitahu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man seringkali mempedomankan kita untuk saling hormat, memaafkan dan melengkapi, serta tidak mengungkit-ungkit kisah lama.

“Bukankah nasihat ini tulus selaras diperintahkan Allah dan tanpa ada apa-apa kepentingan yang boleh diraih? Kita percaya keharmonian sesama kita boleh teguh terikat dengan nasihat sesama sendiri serta menyelesaikan setiap perkara secara musyawarah di meja rundingan.

“Tidak juga perlu merasa bimbang atau rasa disaingi oleh parti yang kecil. Kerana demi agama, bangsa dan negara ini, PAS telah membuktikan kesediaan dan kesetiaannya memeterai ikatan bersama,” katanya.

Menurut beliau, PAS juga tidak pernah memperkecilkan mana-mana saudara politiknya.

“Adapun jika PAS dilihat besar, itu adalah perakuan dan pengiktirafan.

“Namun, PAS sama sekali tidak pernah mendabik dada mahupun berlagak untuk bersendirian,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat