Polis Cari Mohammad Hazuarie Untuk Siasatan Kes Remaja Perempuan Bunuh Bayi

- Advertisement -

CHUKAI – Polis giat mengesan individu dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, bagi membantu siasatan kes pembunuhan bayi lelaki yang baru dilahirkan dipercayai ditikam ibunya berusia 15 tahun, Selasa lalu.

Difahamkan, lelaki itu juga dikehendaki bagi siasatan berhubung kes dakwaan memperkosa remaja terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sudah meminta Mohammad Hazuarie menyerah diri, namun sehingga kini pemuda itu masih belum berbuat demikian.

“Individu ini diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kami juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu bersembunyi,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Hanyan berkata, polis sudah berusaha mengesan lelaki itu termasuk datang ke rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat sini, namun suspek dipercayai melarikan diri.

“Kami percaya suspek melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesan suspek sehingga dia berjaya ditahan.

“Orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana suspek berada bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat