Selepas 5 jam rakam keterangan Ismail Sabri, seorang lagi pemimpin tertinggi akan dipanggil SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keterangan seorang lagi pemimpin tertinggi kerajaan akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung penggunaan wang RM700 juta bagi tujuan publisiti kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

SPRM melakukan siasatan itu selepas agensi itu selesai mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

SPRM juga sudah merakam keterangan pembantu kepada Ahli Parlimen Bera yang mempunyai hubung kait dengan beliau sebelum ini dalam pemberian projek.

Difahamkan SPRM akan mengambil keterangan pembantu kepada Ismail sekali lagi selepas ini. Turut akan dipanggil selepas ini suami kepada pembantu Ismail Sabri.

Keterangan Ismail Sabri diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pemberian projek kepada individu tertentu termasuk melaksanakan dua program di bawah pentadbirannya sebelum ini.

Proses mengambil keterangan Ismail Sabri berlangsung hampir 5 jam dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4.45 petang.

Keterangan Ahli Parlimen Bera diambil bagi siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.

Utusan melaporkan, keterangan yang diambil oleh SPRM semalam juga bagi menjelaskan mengenai penggunaan sejumlah wang bagi tujuan publisiti kerajaan ketika pentadbiran beliau dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Selepas Ismail Sabri, SPRM juga akan panggil seorang lagi bekas pemimpin tertinggi kerajaan dalam masa terdekat.

Siasatan SPRM terhadap Ismail yang dilakukan di bawah AMLATFPUAA adalah bagi mengesan transaksi-transaksi kewangan meragukan yang disalurkan kepada individu tertentu.

Akhbar itu difahamkan, SPRM juga akan melihat sekiranya terdapat kesalahan rasuah, pecah amanah dalam penggunaan dana bagi tujuan publisiti itu.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, bekas perdana menteri itu akan dipanggil hari ini.

Selain itu, SPRM akan memfokuskan kekayaan dimilikinya termasuk ahli keluarganya.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri minggu ini bagi memberi keterangan berhubung penggunaan wang sebanyak RM700 juta bagi tujuan publisiti kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat