Polis Siasat Dakwaan Hakim Berbogel Di Bilik Isteri Orang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Polis masih menyiasat mengenai kesahihan dakwaan bahawa seorang hakim mahkamah telah mengaibkan kehormatan seorang wanita di rumahnya.

Memetik laporan FMT, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Timbalan Pendakwa Raya telah mengembalikan semula kertas siasatan kepada penyiasat untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tanpa menyebut nama hakim berkenaan, portal itu berkata berdasarkan laporan polis yang dilihatnya, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Ogos 2020.

Pengadu membuat laporan pada Disember lepas, kata laporan itu.

Menurut pengadu, seorang wanita berusia 57 tahun, mendakwa pada satu malam pada Ogos 2020, hakim berkenaan datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.

Pengadu mendakwa hakim berkenaan berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati dia sedang tidur di atas katil dalam keadaan bogel dan hanya meninggalkan rumahnya pada 3 pagi.

Kata pengadu, sebelum pergi hakim tersebut sempat mendakwa dia berbogel di bilik berkenaan untuk “menguji” pengadu.

Polis mengesahkan ia menerima laporan terhadap hakim itu, kata laporan portal itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat