Lantik TPM Boleh Bantu Atasi Covid-19?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belum pun rasmi Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sah dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri namun, sudah bunyi suara-suara pembangkang yang mempersoalkan rasionalisasi lantikan itu dengan situasi semasa Covid-19 di negara kita.

Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dalam catatan di Twitternya berkata, Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) besar tapi tak berfungsi.

“Bolehkah pelantikan Timbalan Perdana Menteri membantu kita mengatasi Covid-19?

“Adakah sesuatu akan dilakukan secara berbeza? Soal beliau mempertikai ura-ura Ahli Parlimen Semberong bakal mengisi posisi Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad turut mengulas isu saiz Kabinet dan keberdayaan kerajaan berfungsi dengan baik.

“Jika benar berita lantik Timbalan Perdana Menteri, maka kita akan ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, beberapa menteri kanan, menteri, timbalan menteri sampai dua di banyak kementerian.

“Duta khas bertaraf menteri, ahli Parlimen yang mempengerusikan atau jadi ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tapi kerajaan tetap tidak stabil,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat