SALOMA Kuala Lumpur sifatkan tuduhan dalam Live Papagomo adalah fitnah, akan dapatkan nasihat guaman

KUALA LUMPUR, – Pengurusan SALOMA Kuala Lumpur hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berbaur fitnah yang dibuat oleh seorang personaliti media sosial dikenali sebagai “Papagomo”, susulan satu siaran langsung yang mengaitkan syarikat itu dengan beberapa aktiviti meragukan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SALOMA Kuala Lumpur, individu tersebut didakwa memberi gambaran negatif dan tidak benar mengenai operasi syarikat, sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan orang awam. Beberapa potongan video berkaitan dakwaan itu turut tular di Facebook dan TikTok, sekali gus menjejaskan imej perniagaan berkenaan.

Pihak pengurusan menegaskan bahawa semua tuduhan tersebut adalah “palsu, tidak berasas dan bermotif jahat”, selain mengingatkan bahawa syarikat itu beroperasi secara sah dan mematuhi sepenuhnya undang-undang negara. Mereka juga menolak sebarang cubaan mengaitkan aktiviti pihak lain dengan SALOMA Kuala Lumpur sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang menjejaskan reputasi syarikat.

Berikutan itu, SALOMA Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pasukan peguam mereka telah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu tersebut. Syarikat itu kini sedang meneliti semua langkah undang-undang yang sewajarnya bagi melindungi kepentingan dan integriti perniagaan.

SALOMA Kuala Lumpur turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat penilaian berdasarkan dakwaan tidak sahih serta terus menyokong usaha membangunkan perniagaan bumiputera yang sedang berkembang itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat