Jeffery ingin jadi hero dalam GRS tapi tidak berjaya – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan fokus kepada parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terutama isu skandal rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Sabah dan ADUN-ADUN GRS.

Bung menyifatkan ucapan Jeffrey yang juga Timbalan Pengerusi GRS apabila melabelkan parti lain sebagai pengkhianat di Majlis Pelancaran Pemuda GRS baru-baru ini berunsur hasutan, retorik murahan dan menjatuhkan kredibilitinya sendiri.

Jelasnya, Jeffrey kini dilihat berusaha menjadi hero di dalam parti GRS yang sedang tenggelam namun tidak berjaya

“Sebagai seorang individu yang menghormati prinsip demokrasi, saya berpendapat ucapan Jeffrey Kitingan berunsur hasutan, retorik murahan dan hanya menjatuhkan kredibiliti beliau sendiri.

“Beliau dengan sewenang-wenangnya menuduh orang lain sebagai pengkhianat sedangkan beliau sendiri adalah pengkhianat terbesar di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sejarah tidak pernah lupa bahawa Jeffrey juga pernah menjadi ahli Barisan Nasional suatu masa dulu.

“Bukan hanya dikenali ramai sebagai pengkhianat dengan melompat-lompat parti, malah mengkhianat darah daging sendiri apabila beliau melawan abangnya sendiri pada PRU14 yang lalu kerana ketamakkan kuasa,” katanya.

Selain itu katanya, laungan GRS ‘rumah kita, kita jaga’ adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah kerana rumah yang mereka jaga hampir musnah akibat perbuatan meminta dan menerima rasuah.

“Rakyat Sabah melihat skandal rasuah ini yang melibatkan hampir kesemua ahli kabinet dan pemegang jawatan di dalam GRS seakan satu sindiket untuk mencuri dan menipu rakyat Sabah.

“Adakah Jeffrey Kitingan sedar bahawa pemimpin GRS yang mempunyai kuasa, yang membincang agihan keuntungan, yang terperangkap dalam video adalah pemimpin GRS sendiri dan bukan UMNO.

Ini sebenarnya pengkhianatan yang merosakkan dan menghancurkan masa depan Sabah,” katanya.

Terdahulu Jeffrey berkata, gesaan pemimpin Umno Sabah meminta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletak jawatan dilihat sebagai satu permainan politik dan sesuatu yang tidak adil.

Beliau berkata gesaan itu dilihat tidak wajar kerana tiada sebarang pertuduhan atau kes mahkamah yang dihadapi oleh Pengerusi GRS itu.

Katanya, beliau memahami permainan politik yang cuba dilakukan parti lawan terhadap GRS dalam usaha mereka untuk melemahkan gabungan berkenaan dan kepemimpinan kerajaan negeri.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat