Cari bakat hip hop

- Advertisement -

Kehadiran bakat baharu di persada industri hiburan tempatan, memang tidak boleh di sangkal.

Sama ada dalam cabang lakonan, pengacaraan, nyanyian mahu pun penciptaan lagu, ia menunjukkan maklum balas positif.

Terbaharu, musim ketiga program pencarian bakat hip hop yang paling mantap di Asia, 16 Baris kembali dengan lebih hebat dan menjanjikan banyak aksi luar biasa kali ini.

Memperkenalkan bakat-bakat baharu dalam dunia hip hop, program ini masih mengekalkan format yang sama dengan menampilkan sutradara hip hop terkenal, Shahrin Bahar yang pernah menghasilkan muzik video hebat seperti Ciao, Veto dan terkini lagu tular dengan Swipe.

Pencetus idea program 16 Baris, Joe Flizzow berkata, musim ketiga kali ini semestinya lebih banyak rentak dan muzik hip hop dihasilkan datang daripada  sumbangan penerbit muzik yang sanggup bersaing.

“Dengan begitu banyak bakat baharu, setiap peserta mempunyai potensi untuk menjadi bintang hip hop seterusnya. Pastikan tidak ketinggalan mengikuti perkembangan bakat serantau dari negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura, dan Indonesia.

“Kami di dalam program 16 Baris sangat gembira dengan penyertaan bakat-bakat baharu yang merentasi rantau ini,” katanya

Joe berkata, penyertaan ramai bakat serantau dan antarabangsa ini menunjukkan betapa generasi baharu penyanyi rap terbabit membuktikan kebolehan mereka dengan menyampaikan lirik hip hop dalam aneka bahasa serta dialek.

“Itulah naratif sebenar 16 Baris, ia lebih besar daripada hip hop sendiri. Ia sebenarnya bertujuan menyatukan dan menghidupkan lagi komuniti ini, serta pada waktu yang sama memperkenalkan bakat-bakat baharu yang ada,” katanya.

Joe juga menegaskan bahawa program 16 Baris memberi peluang kepada semua orang yang berminat tanpa mengira jantina, bangsa dan warna kulit kerana semuanya berhak dihormati secara saksama .

“Sebagai contoh, sejarah muzik sudah membuktikan bahawa wanita juga antara penyanyi rap paling hebat dalam industri sebagaimana ikon terkenal seperti Lauryn Hill, Missy Elliot, dan ramai lagi.

“Malah, menjadi harapan saya agar 16 Baris akan terus memberi inspirasi kepada semua yang menyimpan harapan untuk terus berusaha dan memperhebat bakat mereka.

“Justeru, kami menerima banyak penyertaan daripada orang ramai. Namun, maaf tidak dapat menyelitkan semua penyertaan itu, tapi saya harap kalian terus berusaha untuk musim keempat akan datang.

“Apapun, kami gembira dapat kembali lagi selepas 16 Baris berehat seketika gara-gara pandemik dan sebagainya,” katanya

Sehubungan itu, syarikat telekomunikasi Tune Talk turut teruja untuk bekerjasama lagi pada musim baharu 16 Baris kali ini.

Sebelum ini, difahamkan juga lebih 5,000 peminat hadir menyaksikan Konsert 16 Baris pada  2018 lalu, sekali gus acara ini menempa nama sebagai konsert hip hop terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran Tune Talk, Joseph Lim berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk memperkasakan golongan belia dan menyokong persada muzik tempatan.

Program 16 Baris yang menjadi platform terbaik dalam mengetengahkan bakat baharu dipilih sendiri oleh peneraju hip hop terkenal tanah air, kini boleh ditonton di saluran YouTube.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat