Sehari kutip RM1.1 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Filem animasi Mechamato Movie terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd atau Monsta mencatat kutipan RM1.1 juta pada hari pertama tayangan, semalam.

Berita gembira itu diumumkan Monsta menerusi satu hantaran dalam laman sosial Instagram (IG) berserta poster yang memaparkan watak utama filem berkenaan, Amato.

Dalam masa sama, Monsta menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang menyokongnya dan berharap sokongan terhadap filem animasi tempatan itu dapat diteruskan.

“Alhamdulillah dan terima kasih untuk kutipan hari pertama. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada #MechamatoMovie dan meletakkan kami sebagai filem lokal terbaik tahun ini.

“Yang sudah tonton sekali, dua, tiga, bakal tonton, dah beli tiket dan tunggu tarikh tayangan, kami berharap kalian akan berpuas hati dengan adegan aksi, komedi, persahabatan dan budaya Malaysia yang dipaparkan.

“Jom, tonton #Mechamato Movie di pawagam sekarang,” tulis Monsta.

 

Mechamato Movie berkisar remaja lelaki bernama Amato menjumpai kapal angkasa penjara yang membawa robot jahat terhempas di bumi.
Mechamato Movie berkisar remaja lelaki bernama Amato menjumpai kapal angkasa penjara yang membawa robot jahat terhempas di bumi.

 

Filem Mechamato berkisar remaja lelaki bernama Amato menjumpai sebuah kapal angkasa penjara yang membawa robot jahat terhempas di bumi.

Salah satu robot itu adalah MechaBot yang mempunyai kebolehan bergabung dan menjadikan sesuatu objek sebagai alat berteknologi tinggi.

Amato berjaya mengatasi MechaBot dan menjadi tuan kepada robot itu, sekali gus membuatkan mereka bekerjasama untuk mengesan dan menangkap robot jahat.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat