- Advertisement -
KUALA LUMPUR- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada dua sahabat baiknya iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Dalam ciapan di Twitternya, Anwar mengakui sudah menganggap Guan Eng dan Mat Sabu sebagai saudaranya.
“Meski ribut datang melanda, meski apa jua rintangan, namun persahabatan akan tetap utuh.
“Kesetiaan dan kejujuran adalah sesuatu yang tidak ternilai apa pun,” catat Ketua Pembangkang itu.
Anwar malah berharap kerjasama dalam keluarga besar Pakatan Harapan (PH) terus teguh.
“Insyaallah , semoga muafakat ini terus kukuh dan teguh demi rakyat,” katanya.