Menteri Kesihatan jalani kuarantin, kontak rapat pesakit positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Adham Baba telah diperintahkan untuk menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di rumah atau “Home Surveillance Order” (HSO) sehingga 18 Disember 2020.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Dr Adham memaklumkan, perintah ini dikeluarkan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat saya pada hari Sabtu lepas.

Katanya, petugas media berkenaan didapati positif COVID-19 dan bergejala.

“Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya.

“Sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.

“Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan Covid-19.

“Mohon doakan semuanya selamat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat