Jika ada majoriti kemuka SD kepada Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mana-mana Ahli Parlimen yang mendakwa memiliki sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri, hanya perlu mengemukakan akuan bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan akur jika ada Ahli Parlimen boleh membuktikan beliau memiliki majoriti melebihi 112 sokongan ahli dewan.

“Bagi menentukan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan dan sokongan majoriti ahli dewan untuk menjadi Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan mahupun Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara jelas mengenainya.

“Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini dengan menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu pada hemat baginda mendapat kepercayaan ahli dewan termasuk menerima apa-apa dokumen mahupun mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli dewan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta kerajaan menyatakan bila 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya kepada Perdana Menteri akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat