Seorang pekerja maut, gas amonia kilang ais kiub bocor

- Advertisement -

SANDAKAN – Susulan kejadian kebocoran gas amonia kilang ais kiub di Batu 3, seorang pekerja meninggal dunia setiba di Duchess of Kent Sandakan (HDOK), hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, berkata hasil siasatan awal polis mendapati pada masa kejadian seorang mekanik dibantu oleh tujuh pekerja lain sedang menyelenggara mesin pemotong ais.

Katanya, ketika menjalankan kerja penyelenggaraan, sebatang paip sistem penyejukan bocor.

“Kejadian menyebabkan gas amonia dalam keseluruhan tiub sistem penyejukan tersembur keluar.

“Seorang pekerja lelaki tempatan berumur 40 tahun yang berada berhampiran paip yang bocor terkena gas amonia sebelum tidak sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan turut mendapati, seramai 18 pekerja berumur 21 hingga 55 tahun sedang bekerja di kilang berkenaan ketika kejadian.

“Susulan itu, 17 pekerja kini menerima rawatan di HDOK. Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Siasatan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Terdahulu, seorang pekerja kilang itu dilaporkan parah dan 12 lagi mengalami simptom sesak nafas serta sakit kulit selepas mesin ais pecah. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat