PAS Ikat UMNO Dengan MN, Pada Masa Sama Dambakan PN – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan parti itu dengan Bersatu, sama konsepnya seperti UMNO tidak pernah mengusahakan damai antara PAS dan Amanah demi kepentingan ummah kerana tahu sejarah keduanya,” kata Datuk Seri Khaled Nordin.

Naib Presiden UMNO itu menjelaskan, UMNO tegas untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu bukan kerana ia membelakangkan kepentingan ummah dan bangsa Melayu.

Tetapi katanya kerana Bersatu itu dibidani kelahirannya untuk mengganti UMNO.

Kata Khaled, ia (Bersatu) secara terang dan jelas, seteru UMNO. PAS wajar mengerti kedudukan ini.

“UMNO tegas untuk tidak bekerjsama dengan Bersatu bukan kerana ia membelakangkan kepentingan ummah dan bangsa Melayu. Tetapi kerana Bersatu itu dibidani kelahirannya untuk mengganti UMNO.

” Ia secara terang dan jelas, seteru UMNO. PAS wajar mengerti kedudukan ini. Kerana itu UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan ia dengan Bersatu. Seperti UMNO juga tidak pernah mengusahakan damai antara PAS dan Amanah demi kepentingan ummah kerana UMNO tahu sejarah keduanya.

“PAS tidak boleh mengikat UMNO dengan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa yang sama mendambakan Perikatan Nasional (PN). PAS wajar terus dengan PN kerana ia tidak boleh terus keliru dengan apa yang ia kehendaki,” bidas Khaled dalam catatan di Facebooknya pada Selasa.

Beliau membangkitkan pernyataan itu rentetan keputusan PAS yang telah memilih PN daripada mengutamakan MN.

Ujarnya, kepimpinan PAS juga telah menetapkan bahawa ahlinya akan mengundi PN dan bukan Barisan Nasional (BN).

“UMNO menerima keputusan itu dengan berlapang dada. UMNO tegas dengan pendirianya untuk bertanding atas tiket BN secara sendirian.

“Jelas sekali bahawa MN tidak mudah dioperasikan. Keputusan PAS bermakna MN itu hanya wujud pada nama, tidak pada semangatnya.

“Laungan MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga. Hakikatnya, dalam politik, pelbagai kepentingan lain adalah keutamaan,” kata beliau.

Dalam politik kata Khaled, tiada parti yang patut mencari keuntungan dari pelbagai pihak, dalam pelbagai keadaan dan pada setiap masa.

“Keputusan PAS sebenarnya memberikan UMNO ruang dan peluang untuk kembali kepada BN yang sederhana, multicultural dan progresif. Ia tidak lagi terbelenggu dengan sesiapa, bebas mencorakkan jalan kehadapanya.

“Kerana UMNO sedar, jalan kemenangan ialah sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu. Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan.

“Dalam politik yang telah sangat ‘disruptive’, kemenangan akan banyak bergantung kepada tawaran dasar yang lebih baik, kepimpinan yang lebih dinamik, rencana ekonomi yang lebih lestari dan rencam generasi muda yang mesti difahami,” katanya.

Khaled memberitahu lagi, jika hanya mencongak jumlah undi UMNO, PAS dan Bersatu itu sebagai tanda aras kemenangan, maka sangat lah simplistik.

“Politik Malaysia bukan sebegitu simplistik. Kerana rumitnya politik itu lah, maka BN adalah taruhan terbaik UMNO untuk Malaysia. Yang lain hanya sampingan,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat