Kami tidak akan mendedahkan di mana Roger Ng berada, kata IGP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Megara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihak berkuasa tidak akan mendedahkan keberadaan bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng, yang kembali ke Malaysia dari Amerika Syarikat Ahad lepas kerana kebimbangan keselamatan.

Razarudin berkata polis merasa bahawa Ng “berapa di dalam bahaya dan bimbang tentang keselamatannya”.

“Kami tahu lebih banyak tentang keadaan beliau daripada dirinya sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga berkata tiada keperluan bagi Ng untuk memakai peranti pemantauan elektronik.

“Dia memakainya di Amerika Syarikat kerana dia telah didakwa di sana tetapi kami tidak rasa terdapat keperluan untuk itu di sini,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Ng akan berada di Malaysia buat sementara sebelum dihantar kembali ke Amerika Syarikat.

Ng, yang dilaporkan tiba di Malaysia kira-kira tengah malam pada hari Ahad, telah dipindahkan untuk membantu pihak berkuasa dalam siasatan 1MDB yang sedang berlangsung.

Seorang juri mendapati Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah kerana membantu bekas bosnya, Tim Leissner, dalam skandal kewangan berkaitan 1MDB.

Pada 10 Mac, beliau dijatuhi hukuman 10 tahun penjara oleh mahkamah daerah New York kerana terlibat dalam skandal menggelapkan wang berbilion dolar daripada 1MDB.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat