Adun Sabah dan Albert Tei bakal dituduh terkait suapan lesen cari gali Sabah 30 Jun ini – SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya dua Adun Sabah dan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Albert Tei’ akan dituduh dalam kes rasuah membabitkan pemimpin negeri berkenaan di Kota Kinabalu, pada 30 Jun ini.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada sidang media di Putrajaya pada Rabu.

“Kes membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sedia maklum adalah pada 30 Jun ini, di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu membabitkan dua ADUN dan seorang ahli perniagaan yang bernama Albert Tei.

“Mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM. Individu lain atau tangkapan baharu saya tidak boleh jawab.
096

“Setakat ini Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bersetuju untuk menuduh ketiga-tiga mereka dan ia bergantung kepada keputusan beliau,” katanya dalam sidang akhbar.

Kelmarin, seorang lagi Adun Sabah ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM150,000 membabitkan pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek juga dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selepas selesai dirakam keterangan dan dijangka dituduh dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan SPRM mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua ADUN Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu tidak dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat