Rakyat Malaysia dibenar rentas negeri dan negara mulai esok

- Advertisement -

Putrajaya – Rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksinasi bebas bergerak antara negeri dan ke luar negara tanpa keperluan memohon sebarang permit polis atau kelulusan #MyTravelPass dari Jabatan Imigresen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kebenaran kepada mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap ini berkuatkuasa mulai esok, Isnin, 11 Oktober 2021.

“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya,” umum Ismail Sabri dalam sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Perdana Menteri, rakyat Malaysia dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

“Buat masa ini tempoh kuarantin bagi rakyat Malaysia yang pulang di luar negara adalah 14 hari, namun Kementerian Kesihatan akan mengkaji dari semasa ke semasa tempoh kuarantin tersebut. Kuarantin boleh dilakukan di rumah masing-masing,” tegas Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat