44 peratus rakyat Malaysia ada masalah mental kata Anwar

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perlu memperuntukkan dana yang munasabah bagi membendung isu masalah kesihatan mental yang dihadapi rakyat susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut Anwar, kesihatan mental adalah antara lapangan yang amat kurang diberi tumpuan dan juga pendanaan awam.

Malah, kata beliau, dapatan terkini menunjukkan sebanyak 44 peratus warga Malaysia terkesan dengan masalah kesihatan mental sejak awal penularan pandemik tersebut.

“Kesan pandemik Covid-19 amat besar dan ia meningkatkan kegelisahan, tekanan dan kesunyian dalam kalangan warga yang terpaksa melalui fasa pengurungan dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk apabila ada yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan harian dan kanak-kanak juga terdedah dengan gangguan mental akibat daripada sekolah-sekolah yang ditutup, perhubungan yang terhad dengan aktiviti ko-kurikulum serta masa bersama rakan turut terkesan.

“Ada juga sebilangan warga yang terpaksa berdepan dengan gejala penderaan di rumah dan tekanan akibat terkurung,” katanya dalam satu kenyataan akhbar sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di sini hari ini.

Bagaimana pun perutusan Anwar itu mendapat sindiran tajam dari netizen yang menyifatkan bekas timbalan perdana menteri antara yang mengalami masalah mental.

Menurut mereka ‘kegilaan’ Anwar untuk menjadi perdana menteri telah menyebabkan beliau mengalami masalah tersebut.

Rabu lalu Anwar mendakwa, telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, pada 13 Oktober ini.

Perjumpaan tersebut bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Terdahulu, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod Anwar sebelum
ini pernah berulang kali mendakwa mempunyai bilangan sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat