Terima kasih barisan hadapan Keluarga Malaysia jaga SJR – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas membantu operasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasa.

“Penghargaan terima kasih keoada kesemua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam operasi SJR di Lembah Klang.

“Penghargaan turut dizahirkan buat anggota SJR yang masih beroperasi di seluruh negara,” ciap Ismail Sabri pada Jumaat.

Ahli Parlimen Bera itu juga mengucapkan bahawa pengorbanan dan jasa semua amatlah dihargai beliau dan seluruh rakyat Malaysia.

“Terima kasih barisan hadapan Keluarga Malaysia,” katanya.

Bermula 10 September 2021, Lembah Klang telah beralih ke Fasa 2, jadi pergerakan antara negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan tanpa sekatan jalan raya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat