Rais Yatim desak calon Timbalan Speaker ada kes mahkamah tarik diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berharap calon Speaker atau Timbalan Speaker Dewan Rakyat mestilah bersih daripada sebarang rekod jenayah atau dakwaan di mahkamah.

Menurut Rais Yatim, pegawai tertinggi di Parlimen adalah cerminan kepada insititusi Parlimen yang bersih dan berpegang kepada keluhuran undang-undang.

“Itu yang terbaik, tetapi saya kena akui iaitu prinsip sebelum diputuskan mahkamah adalah seseorang itu tidak bersalah juga perlu diambil kira.

“Dengan kes yang mungkin berlaku seseorang calon Timbalan Speaker itu sedang menunggu keputusan di mahkamah, jalan terbaik ialah beliau tidak menjadi calon. Dan tuan punya badan harus menolak,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dikatakan telah bersetuju dicalonkan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan.

Kelmarin Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Ahmad berhubung pencalonan itu dan Setiausaha Agung UMNO tersebut menyatakan persetujuan.

Jelas Rais lagi, peluang itu harus diberikan kepada mereka yang bebas daripada sebarang dakwaan di mahkamah agar institusi Parlimen turut tidak tercemar.

“Mana-mana calon Speaker atau Timbalan sebaiknya tidak dari golongan yang sedang menghadapi dakwaan di mahkamah. Jadi Malaysia akan dapat nama baik dan lunas ‘rule of law’ akan terselamat.

“Sebab perimbangan nilai ‘rule of law’ itu berhadapan dengan keadilan. Sebab itu saya katakan antaranya, tuan punya badan harus bersedia secara ikhlas untuk menolak, oleh kerana beliau berada dalam kumpulan sedang berhadapan dengan kes di mahkamah, maka peluang itu harus diberi kepada pihak lain yang bebas daripada sebarang dakwaan di mahkamah,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat