Pesakit Covid-19 Sembuh Melebihi Kes Baru Hari Ini – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,476 jumlah pesakit sembuh akibat jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini sekali gus melebihi kes baharu iaitu 21,176.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kumulatif kes sembuh kini 1,678,962.

Beliau berkata daripada 21,176 kes harian yang dilaporkan, 338 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 20,838 kes atau 98.4 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baharu juga, empat adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan tiga rakyat asing manakala 21,172 kes melibatkan penularan dalam negara iaitu 18,608 warganegara dan 2,564 rakyat asing.

“Sebanyak 341 kematian turut direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif kematian seramai 19,827 orang, 1,310 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 773 perlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat