Polemik, Perpecahan Rencat Usaha Perangi COVID-19 – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya menggesa semua rakyat Malaysia bersatu padu. Kita mesti mengetepikan semua perbezaan sama ada dari segi politik, perniagaan, masyarakat atau keluarga untuk menggabungkan kekuatan kolektif kita dalam usaha memerangi COVID-19,” kata Pengerusi Majlis Pemulihan Nasional (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ujar beliau, perkara terakhir diperlukan negara ini adalah lebih banyak polemik, perpecahan politik atau sosial yang mampu mengalih perhatian rakyat daripada tugasan mendesak serta usaha memerangi COVID-19 dan membina semula ekonomi.

Senada dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya Keluarga Malaysia bersama-sama mencergaskan kembali negara ini, beliau berkata rakyat perlu berganding bahu dalam semangat ‘Keluarga Malaysia’ kerana berkongsi masa depan dan nasib yang sama apabila negara menjadi taruhan jika mereka tidak bekerjasama membangkitkan semula Malaysia.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan penutup Sidang Kemuncak Pemulihan Nasional semalam yang berlangsung secara maya.

Pengerusi MPN yang baharu dilantik itu berkata, majlis berkenaan mengambil pandangan dan cadangan dikemukakan pada sidang kemuncak itu dan meneliti maklum balas diterima secara menyeluruh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, peperangan menentang COVID-19 hanya boleh dimenangi dengan terus mengutamakan pendekatan seluruh negara merangkumi semua sektor dan kumpulan di Malaysia.

“Ini adalah pendekatan inklusif membabitkan seluruh masyarakat berganding bahu dalam peperangan ini. Oleh itu, penyertaan kerajaan, sektor swasta, NGO (badan bukan kerajaan), doktor, petugas kesihatan dan sukarelawan penting sekiranya kita ingin berjaya,” katanya memetik Bernama.

Muhyiddin berkata, kemunculan varian Delta COVID-19 baru-baru ini, yang penyebarannya lebih pantas dan jauh lebih berbahaya adalah penyebab di sebalik lonjakan kes bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia termasuk Asia Tenggara.

Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak boleh leka dan perlu sentiasa berwaspada terhadap ancaman virus yang terus mengancam negara.

“Kita perlu terus meningkatkan pengurusan pandemik COVID-19 terutama dalam memanfaatkan teknologi baharu dan secara konsisten meningkatkan keupayaan tindak balas fizikal serta digital dalam menguji, mengesan dan mengasingkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat