FDAM tolak penggiat seni enggan ambil vaksin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mahu pengarah-pengarah filem tempatan memastikan semua yang akan terbabit dalam penggambaran sudah mengambil dua dos lengkap vaksin.

Presidennya, Ahmad Ibrahim berkata, ini adalah demi keselamatan dan keselesaan semua yang terbabit di lokasi penggambaran.

“Bukan saja membabitkan pengarah, tetapi semua pelakon termasuk pelakon tambahan dan kru produksi wajib lengkap vaksin.

“Kami tak mahu mereka yang menolak vaksin ini membawa atau dijangkiti virus, sekali gus membawa kesan kepada orang lain yang turut terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Pihaknya sudah memaklumkan kepada pengarah-pengarah supaya membuat laporan sekiranya ada antara mereka yang terbabit dalam aktiviti penggambaran tidak mahu mengambil vaksin.

“Kita takkan menerima penggiat seni untuk bekerja di lapangan tanpa dua dos vaksin. Itu adalah muktamad,” katanya.

Menurut Ahmad, pihaknya tidak akan memaksa mana-mana individu yang menolak untuk mengambil vaksin, namun tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan kerja-kerja penggambaran

“Walaupun itu bukan tuntutan, tapi ia adalah syarat yang ditetapkan kerajaan. Kami juga takkan berkompromi dengan mereka yang menolak vaksin,” katanya.

Ahmad juga meminta kerajaan supaya memberi tumpuan kepada isu sijil vaksin palsu yang kini mula menular.

“Kami tak mahu ada golongan anti-vaksin yang akan menggunakan sijil vaksin palsu ini semata-mata untuk mendapatkan tawaran kerja. Saya mohon pihak berkuasa supaya periksa betul-betul dan lakukan sesuatu bagi menghalang perkara ini daripada terus menular dan menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Dua bulan lalu, FDAM mengadakan program vaksinasi untuk semua penggiat seni termasuk keluarga mereka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat