Fauziah Nawi kecewa ada pelakon tak serius dengan vaksin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Janganlah sampai orang benci kita lagi. Kenapa kita nak dilayan istimewa sedangkan kita tiadalah istimewa mana pun,” kata pelakon Fauziah Nawi yang kecewa dengan tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi mengambil pelakon yang belum lengkap divaksin untuk memulakan penggambaran.

Fauziah berkata, ini bukan soal dengki dengan rezeki orang lain sebaliknya tindakan pentingkan diri boleh memudaratkan orang lain.

“Saya terima banyak maklumat daripada kru belakang tabir yang ‘pecah lubang’ mengenai perkara ini, tapi semua tak nak bersuara.

“Sebenarnya ramai yang buat ‘kerja’ dalam diam tapi dengan bangga sebar cerita yang mereka tetap boleh bekerja walaupun belum divaksin.

“Saya tak pernah dengki dengan rezeki orang tapi boleh tak, jangan cakap. Diam-diam sudahlah. Bayangkan kalau Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tarik semula kebenaran, apa akan jadi kepada nasib anak seni. Itu maksud sebenar saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fauziah, sepatutnya pihak yang bangga mendedahkan diri mereka masih boleh bekerja walaupun tidak divaksin fikir dengan nasib anak seni yang berjuang untuk dibenarkan bekerja.

“Penat saja pemimpin, persatuan-persatuan dan anak seni termasuk saya bersuara dan menggesa kerajaan supaya membenarkan sektor industri kreatif kembali dibuka. Bila dapat tahu ada segelintir penggiat seni yang buat hal, kita jadi sakit hati. Sekarang ini berapa ramai orang di luar sana yang tak dapat kerja. Janganlah buat macam ini,” katanya.

Terdahulu, Fauziah menerusi Instagram meluahkan rasa kesal terhadap penerbit yang mengambil kesempatan terhadap kebenaran yang diberikan.

Kelmarin, kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif berkuatkuasa, hari ini.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat