Wajah baharu TV9

- Advertisement -

Petaling Jaya: Pelbagai pendekatan menarik serta kerjasama dengan barisan artis terkenal ditampilkan TV9 bagi penjenamaan semula stesen tv ini bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Nordin berkata, perubahan secara berperingkat mula dilakukan sejak Ogos lalu dengan mengaktifkan waktu perdana lebih awal ke jam 6 petang.

“Hari ini (9 September) dipilih sebagai tarikh yang dinantikan bagi saluran TV9 tampil dengan wajah baharu untuk menjadi destinasi hiburan keluarga dalam kalangan penonton setia.

“Selari dengan pembaharuan program TV9 yang lebih rileks dan santai, kami bekerjasama dengan selebriti seperti Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel dan Zharif Zhafri selaku rakan-rakan TV9 yang mewakili dua komponen utama (DNA) TV9 iaitu keluarga (family) dan kepentingan masyarakat (community interest).

“Trend masyarakat menonton TV sudah berubah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Inilah waktu yang sesuai untuk TV9 memperkenalkan pembaharuan di slot waktu dan kandungan program supaya kekal relevan,” katanya pada sidang media TV9 #JanjiHappy secara maya, hari ini.

 

 

Hadir sama, Ketua Pengarang Berita, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima; Mohd Redzuan Abdul Manap.

Turut serta ialah barisan selebriti seperti Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel, Zharif Zhafri serta barisan pelakon Budak Intern iaitu Intan Najuwa, Syafi Tee, Bella Dowanna dan Malek McCrone.

Sherina berkata, dia berharap TV9 menjadi destinasi keluarga penonton yang dapat menemui kepuasan, keriangan dan menikmati sajian program yang lebih santai.

Katanya, waktu perdana TV9 bermula pada jam 6 petang dengan program animasi, diikuti dengan Buletin TV9 jam 7 malam dan diikuti program bual bicara baharu, Sembang Viral dan Senario.

“Kami juga tampilkan drama-drama menarik seperti Budak Intern, The Venom’s Tale (Thailand), Flower of Evil (Korea) dan slot Kuasa 3 Malam yang menampilkan tiga filem popular tempatan dan Bollywood dalam seminggu.

“Tidak lupa juga dokumentari khas bersempena Hari Malaysia iaitu Menjulang Takzim Jalur Gemilang.

Insya-Allah, hujung tahun ini kami akan sajikan drama bersiri baharu iaitu Keluarga Untuk Disewa dan Mr Millenium,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat