Bukit Aman minta Najib serah dokumen LHDN untuk disiasat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Rzak diminta menyerahkan dokumen berkaitan laporan dibuat bekas Perdana Menteri itu terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan siasatan dilakukan,” kata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Laporan polis itu mendakwa, saman tuntutan cukai yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan berkenaan bermotifkan politik.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat Najib terhadap LHDN, kelmarin.

“Pada masa ini, pihak polis sudah meminta Najib mengumpulkan segala dokumen yang dimilikinya sebagai bukti untuk kita melakukan siasatan

“Bagaimanapun, tiada tempoh masa diberikan kepada beliau untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak polis,” katanya memetik BH.

Kamarudin berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis juga sedang berusaha mendapatkan segala butiran dan maklumat lain.

Najib memuat naik kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya kelmarin, mendakwa ada pegawai LHDN dan ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan dokumen palsu untuk menganiaya dirinya.

“Ada yang datang menemui saya dan memohon maaf serta memberitahu saya bahawa kes cukai tambahan RM1.7 bilion ini sebenarnya tiga kali disiasat sejak 2018.

“Malah, mereka sendiri akui selepas tiga kali siasatan itu dijalankan dengan penuh teliti, mereka tidak menemui apa-apa kesalahan yang dilakukan saya dan tiada penalti cukai yang patut dikenakan terhadap saya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat