Bekas Setiausaha Politik Saya Pembohong Besar – Mahathir

- Advertisement -

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa bekas setiausaha politiknya, Senator Muhammad Zahid Md Arip sanggup mempergunakan beliau demi kepentingan dirinya.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyifatkan Zahid juga seorang pembohong terbesar dalam politik Malaysia.

“Zahid ini pembohong terbesar dalam politik di Malaysia. Dia dulu sokong Anwar (Ibrahim), lepas tu tolak Anwar, (kemudian) sokong saya, lepas tu tolak saya.

“Cuma untuk kepentingan diri dia, untuk itu dia sanggup bohong bermacam-macam. Ya, dia cuba nak guna saya untuk kepentingan dia.

“Pasal dia ada masalah, jadi saya tak dapat tolong. Saya kata kita di Malaysia ni kita ikut lunas undang-undang tak kira orang parti kalau salah, salahlah. Tapi dia marah pasal tu, dia nak cuba tukar kerajaan supaya dia selamat,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zahid yang mendakwa beliau sebagai individu yang tersenyum puas dengan ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, bekas pembantunya itu yang mahu menukar kerajaan tetapi gagal memujuknya untuk bersama.

“Dia amat seronok bila kerajaan bertukar kerana berfikiran dia mungkin selamat.

“Dia kerjasama dengan Hamzah Zainuddin hendak jatuhkan PH kerana kononnya PH ini dikuasai oleh DAP, (ini) tak benar sama sekali.

“Jadi kalau dia dapat tukar kerajaan mungkin dia terselamat. Jadi untuk ini dia cuba nak pujuk saya tapi saya tak pernah ikut dia,” katanya.

Pada 7 September lalu, Zahid menafikan tuduhan menjadi pencetus ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kejatuhan Kerajaan PH.

Bagaimanapun, Zahid mengakui bersama pihak lain terbabit dalam gerakan menyekat Presiden PKR dan DAP serta mendakwa mendapat restu Dr Mahathir yang ketika itu sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mahathir turut menafikan dakwaan kononnya beliau mahu menghalang Anwar dan DAP.

Beliau berkata, perkara itu tidak benar.

“Saya nak bagi Anwar kalah, nak bagi DAP jatuh semua tu tak benar. Saya tak ada masalah dengan DAP. Anwar ada masalah dengan saya, saya tak ada masalah dengan dia (Anwar).

“Saya juga tidak mempunyai masalah untuk menangani DAP,” tegasnya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat