Tiga Kerusi Bertindih UMNO dan Bersatu, Dimuktamad Sebelum Sabtu

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Timbul beberapa pertindihan kerusi antara Bersatu dan UMNO meskipun mesyuarat sesama sekutu Perikatan Nasional (PN) telah dirunding.

Difahamkan, tiga kerusi tersebut melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panginatan, Sook dan Tulid.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata, matlamat utama PN adalah menumbangkan Warisan, berkenaan pertindihan kerusi dengan UMNO itu akan dibincangkan semula memandangkan masih berbaki sehari sebelum hari penamaan calon pada Sabtu,12 September.

“Kami tidak tahu senarai calon yang dikemukakan UMNO- Barisan Nasional (BN) tapi kita sama-sama ingin kalahkan Warisan, kami akan bincang semula senarai calon agar tidak berlaku perebutan.

“Lepas kita (Bersatu) duduk semeja dengan UMNO kita akan bincang dan gugurkan mana-mana nama calon, sebab kita nak menang. Kita mahu elakkan, jangan ada pertembungan kita nak menang,” katanya pada sidang media pengumuman calon PN, di Ibu Pejabat Bersatu Sabah, di sini, hari ini.

Hari ini, Bersatu menamakan 29 calon manakala UMNO mengemukakan 31 calon.

Menurut Hajiji, Bersatu menampilkan 70 peratus calon muka baru sebagai penyuntik semangat kepada PN.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi yang dipertandingkan.

Ditanya mengenai kemungkinan, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman lompat menyertai Bersatu memandangkan namanya tiada dalam senarai calon BN, Hajiji berkata nama calon Bersatu sudah pun dikeluarkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat