Jangkitan Kluster Sungai, Telaga Mungkin Berpunca Dari Sivagangga – Dr Noor Hisham

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak jangkitan membabitkan kluster Sungai dan Telaga berpunca daripada kluster Sivagangga dan Tawar.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi jangkitan itu melibatkan kakitangan KKM bagi kluster Telaga dan kakitangan hospital swasta bagi kluster Sungai.

Katanya, bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan di makmal bagi mengetahui punca jangkitan.

“Kalau kita lihat kes indeks 2 kluster ini, Telaga dan Sungai ia melibatkan petugas kesihatan.

“Siasatan sedang dijalankan mungkin ada hubung kait antara 2 kluster sebelum ini. Cara virus merebak dengan kebolehjangkitan amat tinggi. Kita rasa ada kaitan dengan kluster Tawar dan Sivagangga, bagaimapaun kajian masih dijalankan,” katanya.

Mengulas isu jangkitan melibatkan kluster Benteng di Sabah, Noor Hisham berkata ia berpunca daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan.

Beliau menyarankan supaya PATI baharu dan lama diletak dalam sel berasingan.

“Kalau lihat kepada kes kluster Bentang menjangkiti 2 kawasan Lahad Datu dan Tawau kes indeks adalah PATI, kita kenal pasti 2 kes indeks PATi apabila mereka disaring tidak ada gejala dan mereka ditempatkan di lokap IPD dan Penjara Tawau.

“Tapi mungkin walaupun tidak ada gejala, tidak bermaknan bila bersama dalam 1 sel jangkitan tidak berlaku. SOP kita kalau boleh asingkan orang kena tahan (OKT) baharu dan lama, kita perlu laksana ujian, saringan walaupun ujian negatif kita seharusnya jangan campur OKT baharu dan lama sebab tempoh inkubasi 14 hari,” katanya.

Katanya, pengasingan itu juga melibatkan tempat lain seperti depoh tahanan imigresen bagi memastikan tiada penularan berlaku. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan