Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2025 Meriahkan Tuaran, Angkat Warisan Sabah

TUARAN, – Tuaran kembali menjadi tumpuan apabila Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025 (FKRBSS2025) menghidupkan suasana Kampung Lok Batik selama empat hari bermula 7 Ogos, menampilkan pelbagai acara seni, budaya dan gastronomi warisan negeri.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman, dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Buat julung kali, festival ini mendapat kerjasama rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan diiktiraf sebagai acara penggerak Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Ia menjadi platform memelihara, memperkasa dan mempromosikan budaya Rumpun Bajausama salah satu warisan penting Sabah di samping mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang etnik.

Pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan tradisional dan moden, tarian serta muzik etnik Bajausama, demonstrasi permainan rakyat, pameran kraftangan, pertandingan busana warisan, bengkel anyaman dan ukiran kayu, pembuatan makanan tradisional, serta konsert mini artis tempatan. Program Citarasa Warisan@Sabah pula menampilkan lebih 30 hidangan ikonik termasuk Ambuyat, Bosou, Nasi Linopot, Sambal Tuhau, Sagu Borneo dan Kuih Penjaram.

MOTAC menegaskan komitmennya membantu penggiat seni dan pelancongan di Sabah melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) dan Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), selaras aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan kelestarian budaya, kesejahteraan ekonomi komuniti dan pemeliharaan warisan untuk generasi akan datang.

Penyertaan aktif komuniti setempat sebagai penari, pemuzik, tukang masak, peniaga dan pempamer memperkukuh ekonomi tempatan sambil menyemai rasa bangga terhadap identiti negeri. MOTAC yakin kebudayaan mampu menjadi aset ekonomi dan diplomasi negara, seiring Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dan aspirasi Malaysia MADANI.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat