MOF sediakan mesin ATM di Nenggiri menggemparkan, kalah berita pelaburan Tesla – Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Berita Kementerian Kewangan (MOF) menyediakan mesin juruwang automatik (ATM) di Nenggiri dianggap menggemparkan lebih daripada pelaburan Tesla,bidas Ahli Parlimen Pasir Mas.

Ahmad Fadhli Shaari menempelak tindakan itu sekali gus mengaitkan Nenggiri sudah berpuluh tahun di bawah pemerintahan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

“Kenyataan rasmi MOF di mana menterinya ialah Perdana Menteri. Tahniah orang Nenggiri yang berpuluh tahun sebelum ini diwakili Ahli Parlimen dan ADUN BN.

“Ini menggemparkan lebih daripada pelaburan Tesla dan Elon Musk,” sindir Ketua Penerangan PAS itu.

Terdahulu, MOF dalam kenyataannya menyatakan, mengambil maklum laporan yang diterima berkenaan kesukaran penduduk DUN Nenggiri untuk mendapatkan akses mesin ATM dan perlu ke Gua Musang yang terletak sejauh 50 kilometer dari kawasan mereka.

“Kementerian Kewangan telah selesai mengadakan perbincangan dengan beberapa bank tempatan dalam usaha menyediakan perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) di DUN Nenggiri, dan ia mendapat respon positif.

“Pengaktifan perkhidmatan ATM ini akan disegerakan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan usaha ini akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas ini,” kata kementerian itu.

Selain itu, MOF juga akan mengadakan sesi libat urus dengan bank-bank tempatan secara berterusan bagi mengenalpasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terutama dalam memastikan akses kepada perkhidmatan ini dapat diperluaskan.

“Orang ramai yang menghadapi kesukaran seumpama ini di kawasan mereka boleh menghubungi MOF melalui [email protected] atau talian 03-8000 8000,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat