Lim Guan Eng Tidak Mengaku Bersalah Terima Suapan RM3.3 Juta

- Advertisement -

BUTTERWORTH: Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM3.3 juta untuk membantu sebuah syarikat dilantik bagi projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown di sini antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Pertuduhan terhadap Lim dikemukakan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau  RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika  sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib manakala Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo dan  Ramkarpal Singh.

Berita lanjut akan menyusul

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat