PAS Taja Perikatan Nasional? Palsu Teramat – Nik Abduh

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan bahawa tiada sebarang surat penajaan dari partinya untuk mendaftar Perikatan Nasional secara rasmi daripada PAS

Beliau ketika dihubungi SuaraTV semalam memberitahu, surat yang berlegar di laman-laman sosial semalam merupakan surat palsu.

“Fake(palsu) teramat,” katanya ringkas ketika diminta mengulas berkenaan surat tersebut.

Semalam, dua keratan ‘surat rasmi’ yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat agung PAS berkenaan keanggotaan jawatankuasa penaja Perikatan Nasional tersebar di laman-laman media sosial.

Sumber PAS Pusat memaklumkan surat berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh pejabat agung parti itu.

“Tak logic. Pejabat (Agung) kita tidak keluarkan sebarang surat. Kita kan dalam Muafakat Nasional.

“Propaganda sebegini mudah untuk dibaca, jelas mahu memecah belah Muafakat Nasional,” katanya ketika dihubungi.

Menurut sumber berkenaan, dalam situasi politik hari ini, tidak menghanirankan jika ada pihak yang mahu memecahbelahkan Muafakat Nasional yang  terdiri daripada dua parti utama iaitu Umno dan PAS.

Lebih-lebih lagi menurut beliau, umum mengetahui kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua parti Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional, lebih-lebih  lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan dibuat secara mengejut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat