Jangan Mangsakan Usahawan Hot Burger Kerana Kedai Judi – Ahmad Zahid Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berharap pengasas perniagaan ‘Hot Burger’, Mohd Asri Hamid tidak menjadi mangsa dengan pendedahan videonya mengenai kegiatan judi haram beberapa hari lalu.

Ahmad Zahid menulis dalam akaun Facebooknya demikian setelah melihat respon pihak berkuasa seolah-olah mahu menyalahkan Asri sepenuhnya.

“Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan,” tulis Zahid lagi.

Zahid turut menggesa tindakan menutup premis-premis judi haram dengan segera.

“Aktiviti judi haram berleluasa. Yang menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana. Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan.”

Sejak kelmarin, tular di media sosial, video pengasas jenama Hot Burger yang mendakwa peniaga asing dan pengusaha kedai judi online bebas beroperasi sedangkan gerai pengusaha burger sepertinya, dikenakan tindakan sita dan sebagainya.

Dalam video berkenaan, beliau turut menunjukkan beberapa lokasi gerai peniaga asing serta premis yang didakwa sebagai kedai judi online ini dan bagaimana tiada tindakan dikenakan ke atas mereka.

Tulisan asal Zahid tersebut boleh dirujuk disini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat