COVID-19: Kemungkinan Vaksin Sangat Berkesan Adalah Tipis – Dr Anthony Fauci

Sean Connery Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Pelakon yang popular dengan watak James Bond, Sean Connery, 90, disahkan telah meninggal dunia hari ini. Sean Connery merupakan perisik pertama dalam...

Isu Bantahan Selesai, Agihan Bakul Makanan Di Taman Semarak

TAWAU: Isu dibangkitkan penduduk Taman Semarak berhubung bekalan keperluan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dianggap selesai. Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau,...

COVID-19: Indonesia Catat 3,143 Kes Baharu

JAKARTA: Sebanyak 3,143 kes baharu COVID-19 di negara ini dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak pandemik bermula adalah 410,088 kes. Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian...

“Cik Kiah”, Ular Sawa Batik Tujuh Meter Yang Jinak

BALIK PULAU - Sesiapa yang memandang “Cik Kiah” buat pertama kali pasti terpaku dengan kecantikan dan keunikannya. Namun, Cik Kiah yang dimaksudkan di sini...

SPR Akan Keluarkan SOP Baharu Pilihan Raya Dalam Masa Terdekat – Pengerusi

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menampilkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan pilihan raya dalam masa terdekat selaras dengan peningkatan...

WASHINGTON: : Penasihat COVID-19 di White House, Dr Anthony Fauci menyatakan kemungkinan para saintis menghasilkan vaksin yang sangat berkesan dan mampu memberikan perlindungan sehingga 98 peratus atau lebih, adalah tipis.

Para saintis berharap vaksin yang dihasilkan nanti akan berkesan sehingga sekurang-kurangnya 75 peratus, tetapi jika ia berkesan di tahap 50 atau 60 peratus juga sudah cukup baik, kata Fauci seperti dipetik CNN.

“Kemungkinan ia berkesan sehingga 98 peratus adalah agak mustahil. Kerana itu adalah penting untuk orang awam sentiasa mematuhi prosedur operasi standard kesihatan.

“Vaksin berfungsi supaya virus itu bukan lagi satu pandemik, sebaliknya sudah boleh dikawal,” katanya yang merupakan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional, semasa sesi soal jawab dengan Fakulti Kesihatan Awam, Brown University.

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) sebelum ini memaklumkan mereka akan meluluskan apa sahaja vaksin yang dihasilkan selagi ia selamat dan dan mempunyai tahap keberkesanan sehingga 50 peratus.

Dr Stephen Hahn, Pesuruhjaya FDA, mengatakan ada kemungkinan AS boleh menghasilkan vaksin yang mengurangkan risiko seseorang mendapat jangkitan COVID-19 sehingga 50 peratus.

“Kami sedang usahakan,” kata Hahn, sambil memaklumkan kemungkinan itu masih menjadi perdebatan dalam kalangan saintis dan pengamal perubatan – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

Berita Berkaitan