Kerajaan Timbang Tubuh RCI Siasat Tabung Haji – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat.

“Kerajaan amat memahami bahawa dalam meneliti dan menilai segala transaksi yang dilakukan TH perlunya ada satu badan bebas dan berautoriti.

“Mesyuarat menteri dalam masa terdekat akan membincangkan sedalam-dalamnya berkenaan isu TH termasuk cadangan dan kewajaran penubuhan RCI,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Sebelum ini, isu mengenai TH menjadi tumpuan beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang bertikam lidah mengenainya sehingga menggamatkan persidangan Dewan Rakyat.

Antara perkara berbangkit ialah keperluan menubuhkan RCI untuk menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan TH yang lepas.

Sementara itu, Zulkifli menegaskan, kerajaan akan mencari titik penyelesaian mengenai isu TH yang boleh diterima semua pihak.

“Kerajaan juga akan meneliti dan menilai segala transaksi yang dibuat oleh TH baik yang (dibuat) sebelum ini atau yang akan datang. Fokus kerajaan agar segala operasi TH dijalankan dengan penuh integriti dan amanah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat