Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Segera Tubuh RCI Siasat Tabung Haji

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung dakwaan penyelewengan dalam Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun RCI itu bukan janji kerajaan PN (sebaliknya janji manifesto Pakatan Harapan) namun rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus berkaitan pelbagai tuduhan penyelewengan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Bermula dengan pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam TH yang sehingga kini tiada satu pun didakwa ke muka pengadilan sehingga pelbagai isu yang menyentuh hati rakyat termasuk ura-ura pengurangan subsidi jemaah haji atas justifikasi konsep Istitoah oleh bekas menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Isu jualan lambak ke atas 76.2 peratus ladang milik TH Plantations seluas 101,000 hektar menjadi hanya 24,000 hektar dengan kaedah yang begitu meragukan juga benar-benar membangkitkan keresahan 9.4 juta pendeposit dalam kalangan umat Islam.

“Ini tidak termasuk aset lain TH bernilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, aset yang terjual itu turut melibatkan tanah Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM400 juta dan hotel TH seluruh negara yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan TH.

Katanya lagi, pendedahan surat TH oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan bahawa Menteri Agama ketika itu, Mujahid meluluskan hak perlucutan pertama terhadap pembelian semula 18 aset hartanah TH yang dipindahkan ke UJSB.

“Sebelum PH memerintah, TH tidak pernah gagal merealisasikan matlamat penubuhannya yang bukan sahaja menguruskan segala keperluan urusan dan hal ehwal kebajikan jemaah Haji, tetapi juga menjana ekonomi umat Islam.

“Kecemerlangan TH sebelum ini bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25 peratus setelah ditolak zakat 2.5 peratus.

“Sebab itulah apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal dan defisit melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan,” katanya.

Justeru, Pemuda UMNO Malaysia meminta kerajaan PN segera menubuhkan RCI bagi mengembalikan keyakinan pendeposit dan pelabur TH.

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Bicara Tangguh Lagi, Hakim Minta Zahid tak Hadir Mesyuarat Seminggu Sebelum Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa siri perbicaraan tertangguh, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh, Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Lembaga Disiplin UMNO Tolak Permintaan Tun Faisal

CYBERJAYA: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Ketiga-tiga permintaannya telah ditolak oleh Lembaga Disiplin UMNO. Menurutnya, tiga permintaan ini dibuat...

2 MP PKR sah keluar parti dan sokong PN

CYBERJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila dua ahli parlimennya sah meninggalkan parti. Ia berlaku sehari selepas tiga...

Solat Hajat untuk permudah agenda penyatuan ummah – Tun Faisal

SUNGGUHPUN beliau sedang berdepan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sosok ini tetap tenang mengharungi cabaran dan tekanan ekoran pendirian lantangnya untuk memperkeasa agenda Penyatuan...