PM enggan bayar balik kos bina LPT2, tak perlu bahas berjela, tukar saja Kerajaan Persekutuan – Samsuri

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memilih untuk tidak bahas berjela-jela berhubung keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membayar balik RM1.43 bilion kepada Kerajaan Terengganu bagi kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Sebaliknya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyeru rakyat untuk membalasnya dengan menukar kerajaan di Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Wartawan ada bertanya saya, komen mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan yang menafikan Terengganu untuk menuntut sebahagian kos LPT2.

“Jawapan saya, sudah tentu Terengganu kecewa. Nampaknya ada satu cara sahaja untuk kami perolehi semula hak-hak kami yang dinafikan.

“Ini kali, tanpa perlu bahas berjela-jela, satu cara sahaja iaitu kita ubah kerajaan di peringkat Persekutuan dalam PRU16 nanti,” tegas Samsuri.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak gesaan supaya Putrajaya ‘membayar balik’ RM1.43 bilion kepada Kerajaan Terengganu bagi kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebelum ini bersetuju menggunakan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) untuk menampung sebahagian kos pembinaan lebuh raya itu.

Katanya, mengikut arahan akaun amanah DKKP, dana itu digunakan bagi “program, projek dan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat” di negeri-negeri berkaitan.

“Arahan akaun itu tidak mempunyai peruntukan berhubung pembayaran balik kepada mana-mana kerajaan negeri sekiranya projek yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan atau agensi persekutuan dibiayai melalui akaun amanah DKKP.

“Oleh itu, tuntutan supaya Kerajaan Persekutuan membayar balik RM1.43 bilion kepada kerajaan Terengganu bagi kos pembinaan LPT2 tidak berbangkit,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN-Setiu).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat