KUALA LUMPUR – Sekiranya orang Melayu berhasrat untuk menyelamatkan masa depan Tanah Melayu ia hanya boleh dilakukan dengan mengundi sebagai orang Melayu.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-101 hari ini pada 10 Julai 2026 menitipkan pesan buat bangsa Melayu.
“Yang perlu diambil berat oleh orang Melayu ialah, parti sendiri tidak boleh selamat orang Melayu dan Tanah Melayu.
“Hanya dengan mengenepi parti dan undi sebagai orang Melayu, barulah orang Melayu dan negara mereka akan selamat,” pesan beliau.



