6 MP Bersatu sokong Anwar didakwa tak perlu kosong kerusi: laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Enam kerusi disandang Ahli Parlimen ‘berpaling tadah’ daripada Bersatu yang menyokong pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak perlu dikosongkan.

Memetik laporan FMT, difahamkan surat pemberitahuan daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai keputusan itu telah diserahkan menerusi e-mel dan whatsApp kepada Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee malam tadi.

Kiandee ketika dihubungi portal itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Namun memaklumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan sidang media jam 3 petang di Parlimen berhubung perkara itu.

Sumber Bersatu memberitahu antara alasan dikemukakan Johari untuk tidak menunaikan permintaan parti itu supaya kerusi terbabit dikosongkan kerana ingin mengekalkan kestabilan dalam Parlimen demi urusan rakyat dan negara.

“Alasan lain termasuk mahu menjaga keutuhan kerajaan Madani,” kata sumber itu.

Kerusi terbabit dan penyandangya adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Pada 20 Jun lalu, Kiandee yang juga naib presiden Bersatu menyerahkan notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimennya yang terhenti keahlian serta-merta kepada pejabat speaker Dewan Rakyat.

Empat hari kemudiannya, Johari mengesahkan menerima notis daripada Ronald dan akan membuat keputusan dalam 21 hari berhubung permohonan mengosongkan enam kerusi wakil rakyat menentang parti itu.

Azizi, Zahari, Syed Hussin, Zulkafperi dan Iskandar terlucut keahlian kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia selain terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Keahlian Suhaili pula terhenti kerana memfailkan saman ke atas Bersatu pada 19 Dis tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat