Kementerian Sumber Manusia Pertimbang Penggunaan Sistem E-wages

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempertimbangkan cadangan penggunaan sistem pwnggajian e-wages dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja asing pasca pandemik Covid-19.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata sistem e-wages itu sedang dikaji dan dibincangkan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan pekerja asing menerima gaji yang dijanjikan majikan.

“Ada banyak kes majikan tidak bayar gaji. Kita akan memperkenalkan sistem e-wages supaya tiada pekerja dianiaya majikan. Sekiranya majikan gagal bayar gaji, kita dapat maklumat dari sistem ini dan ini akan memberi jaminan kepada pekerja asing,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil kelulusan pengiktirafan kepada sembilan pusat pengajar pegawai keselamatan dan kesihatan di sini pada Khamis, Saravanan berkata pekerja asing juga akan dicadangkan untuk mencarum dengan Perkeso demi jaringan keselamatan.

Beliau berkata cadangan-cadangan berkaitan pekerja asing itu dibincangkan dengan wakil Kedutaan Bangladesh dalam satu pertemuan dan menurutnya, mereka puas hati dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Turut dibincangkan dengan wakil kedutaan itu ialah mengenai penguatkuasaan Akta 446 pada 1 September ini, yang bertujuan memastikan majikan membekalkan perumahan, penginapan dan kebajikan kepada pekerja asing, di mana denda sehingga RM50,000 akan dikenakan kepada majikan yang tidak patuh.

Saravanan berkata tiada pekerja asing dibenarkan masuk ke negara ini dalam masa terdekat kecuali sektor tertentu seperti perlombongan dan pembantu rumah sehingga penyelarasan pekerja asing sedia ada dilakukan.

Beliau berkata penyelarasan itu perlu kerana pekerja asing yang memiliki permit juga mungkin akan kehilangan pekerjaan susulan kelembapan ekonomi.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...